Awsam Gardens

Nama Buah-Buahan yang ada di dalam Al-Quran

Buah-buahan telah dikenali sebagai lambang hospitaliti and persahabatan oleh kebanyakan masyarakat seluruh dunia. Buah-buahan biasanya akan dihidangkan sebagai makanan pembuka selera untuk para tetamu istimewa di dalam sesuatu majlis atau keramaian. Di dalam A-Quran ada digambarkan bagaimana para ahli syurga duduk bertelekan sambil dihidangkan dengan buah-buahan yang dapat dipetik. (more…)

Advertisements

Madu #04: Manfaat Kesihatan yang terdapat pada Madu

Dunia sains moden telah mendapati bahawa kebanyakan kepercayaan dahulukala yang mendakwa bahawa madu boleh dijadikan sebagai ubat adalah sememangnya benar. Ada banyak kes yang berlaku dan telah dilaporkan bahawa ada terdapat tindakbalas positif akibat dari kesan penggunaan madu dalam rawatan luka dan ada banyak lagi sebab kenapa ianya baik untuk kesihatan. (more…)

Madu #03: Sifat-Sifat Madu yang perlu Anda Ketahui

Madu adalah salah satu ciptaan Allah SWT yang sangat unik dan mempunyai sifat yang luar biasa sehingga dicatatkan di dalam surah tersendiri di dalam Al-Quran. Kajian khasiat madu secara ilmiah juga telah diteliti oleh ilmuwan Islam terkemuka di era kegemilangan Islam, iaitu Ibnu Sina (890-1037). Bapa kedoktoran dunia dan pemikir agung di abad ke-10 Masihi ini telah dikenali sebagai doktor yang banyak mengulas mengenai khasiat madu dari segi kesihatan dan dunia kedoktoran. (more…)

Madu #02: Sejarah Madu Lebah

Madu Lebah telah digunakan oleh manusia semenjak ribuan tahun dahulu bagi mendapatkan manfaat kesihatan dan rawatan kepada berbagai jenis penyakit walaupun pada masa itu tiada kajian saintifik yang dilakukan. Berkemungkinan manusia pada zaman tersebut hanya bergantung kepada pengalaman serta pemerhatian yang dilakukan oleh cendekiawan serta tabib-tabib mereka. (more…)

Madu #01: Khasiat dan Kegunaan

Sebagaimana yang semua telah sedia maklum, Madu ialah sejenis cecair yang dihasilkan oleh lebah yang di ekstrak dari manisan bunga-bungaan yang kemudiannya melalui satu proses evaporasi. (more…)

Zaitun #03: Ekstrak Daun Zaitun boleh menangani Darah Tinggi dan Kolesterol

Pengambilan 1000mg ekstrak daun Zaitun boleh merendahkan kolesterol dan merendahkan tekanan darah pada pesakit yang mengalami hypertension ringan (tekanan darah tinggi). Penemuan ini telah diperolehi melalui kajian terhadap percubaan ‘pasangan kembar’ di mana rawatan berasingan telah dilakukan terhadap beberapa pasangan kembar seiras. (more…)

Zaitun #02: Khasiat Daun Zaitun yang Tidak Anda Ketahui

Para saintis telah berjaya mengasingkan sejenis molekul yang unik yang terdapat pada daun zaitun dan membuktikan bahawa ianya banyak memberi manfaat kepada kesihatan dan menjadikan faktor yang boleh melanjutkan kehidupan manusia dengan Izin-Nya. (more…)